Pink Bobblehead Bunny

Monday, November 15, 2010

scan baby... sonokkk...

hari ni bluepink pegi scan.. alhamdulillah.. kedudukan uri bluepink dah ok.. doktor ckp dah tahap normal.. tp.. bluepink ada masalah air ketuban berlebihan lak.. hmmm.. kalo ikut bacaan normal 13.0++.. tp bluepink nye bacaan 21.8++... hmmmm.. risau nye blue pink... takut sgt2 bila baca risiko & kesan nye kat intenet tu.. apapun bluepink hrp ianya just kes normal.. bluepink hrp bb bluepink dlm keadaan sht walafiat sampai la bsalin.. kwn bluepink pun ada kes mcm bluepink jugak.. tp bila dia g bt scan detail.. smua alhamdulillah.. bluepink rasa nak g bt scan detail jugak la.. hmmm... apapun bluepink hrp sgt2 semua ok.. Ya Allah.. peliharalah bluepink & bb bluepink dari benda2 yang tak diingini.. hope semua ok & takde apa2.. bluepink menunggu 26hb ni plak utk jumpa doktor.. hrp2 sgt ini kes normal.. "akum bb ibu syg.. bb sht2 je tau kt dalam perut ibu ni.. duk elok2 dlm perut ibu yek.. anak ibu mesti kuat.. tak lama lagi bb nk jumpa papa gn ibu... anak ibu mesti jadi juara... we love u.. chayok.." 

Monday, November 8, 2010

dah 34 minggu.. sbr ye si kecik syg...

alhamdulillah..bluepink skang dah 34 minggu.. huhu.. nebes yg teramat sgt.. mendengar pengalaman kwn2 berciter masa bersalin membuatkan bluepink rasa takut gak.. ada yg senang branak.. ada yg susah branak.. huhu.. tapi bluepink hrp sgt agar bluepink dipermudahkan segala.. tambah2 lagi bluepink ada masalah uri rendah.. 2 minggu lepas bluepink pegi scan.. doktor ckp uri bluepink dah naik sikit.. tp naik tak tinggi sgt.. alhamdulillah naik la jugak..ari tu kalo tak naik jugak bluepink kena refer kat hospital.. 12hb nov ni bluepink kena scan lagi skali... hope sgt2 uri dah naik tinggi.. hmm.. bluepink tak nak kena czer.. kalo blh bluepink nak branak normal.. apapun hrp dipermudahkan sgala.. amin..

Wednesday, September 22, 2010

7 Tips Penjagaan Badan Semasa Berpantang..

1.Bertungku
Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan .
Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut dan menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.
Cara bertungku amat mudah:
- Panaskan batu sungai/ batu tungku 15 minit.
- Letakkan batu tungku di atas lapisan daun mengkudu/ daun sirih (keliling batu di tutupi daun).
- Balut batu yang berlapik daun dengan lapisan kain.
- Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.Berurut
Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar. Amalkan 3 hari berurut pada waktu pagi seminggu selepas kelahiran normal.
Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.
Semasa berurut badan akan terasa hangat, ringan dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.

3.Berbengkung atau berbarut
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.
Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang lansing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu di tegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.
Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4 Berpilis
Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.
Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.Mudah bukan?
Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang.Di khuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan lesung / gegaran pada badan.

5.Mandi air rebusan daun
Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf.Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.
Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun - daun tersebut. Selain itu rendaman air asam keping juga boleh dibuat cucian faraj.

6.Minum ubat periuk
Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan .
Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat.Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang
dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7.Tidur dan rehat secukupnya
Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata. Pastikan keadaan selesa utk anda tido. Pencahayaan yang mengikut keselesaan anda adalah amat penting.
Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam.Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.
Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.
Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.

<<selamat beramal untuk ibu2 yg sdg berpantang.. dan tak lama lagi untuk blupink juga..hehe>>

Tuesday, September 21, 2010

PerKara yg Perlu DielaKkan & TiMe sEsuAi utK BerJimaK..

Berikut adalah panduan bagi perkara-perkara yang patut dielakkan dan waktu-waktu yang sesuai untuk bersetubuh bagi suami isteri. Bagi yang belum akad nikah, aku doakan anda dipertemukan jodoh dan dipermudahkan urusan walimatulurus. Amin.

Jom kita tgk dulu 9 perkara yang harus dielakkan oleh suami jika ingin mendatangi isteri. (Tak haram pun.. tp kalo blh elakkan.. baik elakkan..hihi..) 
  1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.
  2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah.
  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.
  4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.
  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).
  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar atau kakak ipar).
  7. Jangan berjimak  di atas loteng.
  8. Jangan berjimak pada malam kamu hendak keluar bermusafir.
  9. Jangan berjimak pada awal malam (sebelum isyak).
 Berikut pula 7 waktu-waktu yang sesuai bagi suami isteri membuat anak. 
  1. Berjimak pada malam Isnin.
  2. Berjimak pada malam Selasa.
  3. Berjimak pada malam Khamis.
  4. Berjimak sewaktu matahari di tengah langit (Orang makan tengah hari, dia makan bini).
  5. Berjimak selepas asar pada hari Jumaat.
  6. Berjimak selepas isyak pada malam Jumaat.
  7. Berjimak selepas membaca doa berlindung dari syaitan.
<<bahan diambil dari sumber yg blh dipercayai.. kuikuikui..>>

Monday, September 20, 2010

PeNatnyaaa aRi ni..



Hmm.. Alhamdulillah.. perut bluepink smakin membesar.. rasa tak bermaya pun ada.. bluepink rasa penat sgt2.. kdg2 rasa cam lemah longlai.. skang ni fesyen ntah kemana.. mekap ntah kemana.. hihihi.. pegi kerja pun serabai jek.. kalo dulu ada la jugak calit blusher, eyesedow, maskara & atleast lisptik.. skang dh tak de makna dh smua tu.. hihi.. malas sgt2 nak calit2 smua tu... baju pun pakai mana yg tersarung jek.. kdg2 rasa nak pakai baju kelawar je pegi kijer... hahaha.. skang ni tiap malam bluepink rasa makin tak blh tido.. pusing kanan tak selesa.. pusing kiri tak selesa.. si kecik plak aktif sgt2.. kdg2 bluepink terkejut bl si kecik bt aksi dlm perut ni.. tgh tido pun leh tersedar.. kencing tak yah ckp la.. stiap 10 minit mesti ke tandas.. tido pun rs cam tak cukup.. hihihi.. tp bluepink hepi.. ni smua pengalaman mjadi sorang ibu.. bluepink akan cuba kuatkan diri bluepink coz bluepink tak nak org nampak bluepink sorang yg lemah.. sokongan dari suami tersyg buatkan bluepink rs senang dlm mengharungi situasi ni.. tq suami ku.. hhmm.. mungkin ni la pengorbanan seorang ibu bt anak2nya.. sejak dari perut sampai la skang.. kini makin bluepink rasa kepayahan & keperitan seorang ibu dlm membesarkan kami semua.. thanx a lot my mum.. namun ku juga cukup bersyukur pada Mu Ya Allah kerana telah memberi ku peluang utk merasai nikmat menjadi seorang ibu.. ku mohon kekuatan & kesabaran daripadaMu dlm meneruskan situasi ni.. hope dipermudahkan sgalanya sehingga ku bersalin... amin..

Sunday, September 19, 2010

Antara pict kawen Bluepink..


time 4 mekap...
 
touch up sendiri sikit.. hihihi..
 
hepinye dia.. tak sabar nak tunggu akad ni.. hihi

itu kak ipar Bluepink..


tima akad nikah.. ayah Bluepink sendiri yg akadkan.. yg baju oren tu la ayah Bluepink..

 
alhamdulillah semua sudah selesai.. dia menadah tgn tanda bersyukur.. :-)

senyum..  akhirnyaa.... :-)


ish..ish.. chubby btl Bluepink ni.. hihi..


bersama ayah, ma dan adik2..

ciuman dari adik2 Bluepink.. muaahh!


Bluepink x pandai posing la.. huhu..


ok tak..? hihii..


hepinye dia... :-)

sempat lagi dia bt jahat.. ggrrr....

IinsyaAllah..smoga kita berdua mampu mengharungi suka & duka.. hope kebahagiaan berkekalan.. amin..


ni time kenduri sbelah rumah Bluepink.. iaitu pada 13 Mac 2010... alhamdulillah semua berjalan lancar..

SelaMaT haRi Raya & SelaMat KemBali beKerja...



Sekian lama bercuti raya, ari ni semua org berpusu-pusu utk balik ke destinasi masing2.. kompom ari ni jem giler.. tp Bluepink dah mai KL ari khamis lagi.. jln tgh clear giler.. tahun ni fs'time Bluepink braya bersama kuarga mertua.. dan tahun ni jugak Bluepink braya sbgai wife org & bakal mak org.. hihi.. InsyaAllah 3 bulan lagi Bluepink akan jadi sorang ibu.. hubby Bluepink ckp dlm masa 3 bulan ni tak leh buat aktiviti luar.. huhu.. Bluepink kena byk rht kat umah.. so, utk tidak memboringkan Bluepink dlm masa 3 bulan ni, dia buatkan blog ni utk Bluepink.. makaseh my hubby... muaahh..! so, blh la Bluepink godek2 blog ni bila Bluepink rasa bosan.. hihihi...