Pink Bobblehead Bunny

Tuesday, November 27, 2012

cinta suami & redha Ilahi...



Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita kerana sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.

Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.

Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.

Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.

Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

Thursday, October 18, 2012

9 Ciri-Ciri Makcik Keje Gomen





Bluepink nak kongsi artikel hasil pemerhatian gelakje.com tentang ciri-ciri makcik keje gomen ni. Oh ye, makcik-makcik seperti ini admin definisikan sebagai wanita kakitangan kerajaan yang berumur 40 tahun ke atas, body dah takde cutting, mempunyai suami yang juga kerja kerajaan yang memakai kereta Proton atau Toyota Unser serta mempunyai sekurang-kurangnya sebijik rumah sewa. Ciri-cirinya adalah seperti ini…

1) Main kutu. Biasanya makcik-makcik kerja kerajaan yang tegar juga akan meminta duit dari suami untuk bayar duit kutu (biasanya $100 sebulan). Tapi bila menjelang turn dia dapat duit, dia buat-buat lupa kat suami dia. Siapa yang main kutu sebenarnya?

2) Mempunyai sifat persaingan yang sihat dalam pemakaian emas. Makcik-makcik seperti ini biasanya akan turut menyingkap tudung bawalnya ke atas supaya dapat mengeluarkan rantai emas yang betul-betul terletak di atas dada.

3) Gosip-gosip panas di pejabat akan diketahui pantas oleh makcik-makcik. Mereka tidak lah pula kedekut untuk berkongsi cerita tersebut. Biasanya mereka akan memulakan cerita panas dengan “I cerita dengan you sorang je ni tau…” atau pun “I tak sangka betul la dia ni….”

4) Katalog-katalog Amway, Avon, Tupperware dan seangkatan dengannya sentiasa beredar dari meja ke meja. Siapa yang nak order boleh tempah dengan cara tulis nama atas Post-It paper 3M yang kaler kuning. Kadang-kadang kalau korang tertengok katalog, ada makcik order baju dalam, tak pasal-pasal korang tau saiz bra makcik tu. Selera?

5) Berminat dengan unsur-unsur bayaran ansuran. Biasanya seperti kain dan peralatan rumah. Makcik-makcik kerja kerajaan juga biasanya tidak berkira walaupun bayarannya agak berganda.

6) Makcik-makcik kerja kerajaan juga sangat berminat untuk bertanya pegawai-pegawai muda bila nak kawin. Malah mereka juga amat sangat tersangat suka mengkenen dengan orang lain. Kemungkinan besar ia juga akan menjadi gosip hangat di pejabat.

7) Mereka sangat multi tasking. Ini dapat dilihat apabila mereka boleh mengumpat orang lain sambil mereka makan tengah hari. Sangat multi tasking!

8) Gemar bercerita mengenai kejayaan anak-anak. Gua tak pasti ia merupakan ciri-ciri riak atau tidak, tapi ini adalah salah satu modal makcik ini bercerita. Ini terutama ketika jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 4 petang. Makcik-makcik macam ini juga berminat untuk membandingkan dengan anak-anak rakan sepejabat yang lain.

9) Makcik-makcik kerja kerajaan biasanya akan mengemas dan meng’clear’kan work station menjelang pukul 4.45 petang sambil touch up sikit-sikit sementara tunggu suami jemput. Sambil touch up tu boleh lagi mengumpat barang seround dua…

Monday, July 30, 2012

keluarga kecil bluepink

kenapalah manusia ni suka pikir bukan2 yek.. hmm.. dulu masa tak kawin, dorang sebuk duk nanya bila nak kawin.. takkan nak jadi anak dara tu kot.. ek elehh... bila dh kawin sebuk duk nanya bila nak ada anak (tapi alhamdulillah.. time bluepink dorang tak sempat nak tanya soklan kedua tu.. bluepink ni jenis subur.. kawin terus melekat.. haha... bunting pelamin.. fasha sanda tu spesis bluepink le jugak tu.. hehehe...) pastu bila dh ada anak sebuk plak duk nanya bila nak bagi adik kt anak tu.. haisshh... bz body btol ler mak jemah mak jemah di luar sana tu kan.. pastu bila tau kita amik perancang dh dia pikir kte dh tak nak anak.. adussssss... mak jemah oii.. pil perancang ni bukan sbb tak mau anak.. ada la sbb org tu nak merancang mak jemah oi... igt suka2 ke org nak amik mende tu.. ek elehh.. kecoh btol le.. doktor pun ada syorkan untuk menjarakkan tempoh branak atau peknen atleast selama 2 tahun.. semua itu utk kesihatan gak kan.. siapa yang tak nak anak... bluepink kalo boleh nak 10 org anak.. tp kita kena gak tgk kemampuan kita.. kemampuan dari segi kebajikan anak... nak branak tu senang (wpun sakit separuh mati.. wuhuuu...) tp belum tentu kita blh jaga kebajikan anak dengan sempurna.. zaman skang bukan spt zaman dulu...

pastu ada gak yang berpendapat...
"hrmmm...pada sayalah, anak ni anugerah Allah dan tak perlulah pil perancang keluarga ni, membuat kita leka dengan kurniaan Allah je..." 

adussssss... mak jemah... act bukan nak menkufuri kurniaan Allah... kalo ko nak branak 10 pun lantak ko lah... itu rezeki yg Allah bagi kt hambaNya.. tp jgn la nak judge org lain sblm ko tau citer sbnr.. ek eleh.. tampo kang.... branak ramai2 pastu kebajikan anak berterabur pun susah gak tu... tetapi tak blh nk ckp byk jugak pkara ni.. lain org lain pendapat dan lain cara.. tapi rezeki Allah selalu di syukuri.. cuma bluepink tak suka bila org ckp bukan2 pasal org yg amik perancang keluarga... mungkin org tu ada masalah tertentu.. saper tau kan.. kot2 org tu ada masalah kewangan ke.. masalah kesihatan ke.. masalah peribadi ke... takkan la org tu nak berciter kt ko.. hukhukhuk... 

apapun bluepink bersyukur dengan pemberian Allah yang terungul ni.. di anugerahi sorang boy yg comel n cerdik juga sorang hubby yang terlalu baik...

haaaaa... ini lah buah hati bluepink yang tersangaatttt comelll... mcm samseng kg pisang  dah.. haha... tahun ni dah  setahun 7 bulan.. ihik.. (haa.. dh setahun 7 bulan dh tu.. bila nak tambah anak lagi..? ek eleehhh... lempang kang.. hikhikhik..)

ini buah hati bluepink yg tersangaaaaaaaattt lah baik... juga penyabar org nye... adusss.. susah nak cari pengganti org  ni.. hukhuk... hanya ajal dpt memisahkan kita yek.. tetiba rasa syahdu...  


Salam Ramadhan 2012...........


lama sudah tidak menjenguk blog.. skang ni tgh bulan ramadhan.. pejam celik sudah 10 hari kita berpuasa yek.. hmm... puasa tahun ni takde yg special pun.. masih gak sama spt tahun2 lepas.. tp bersyukur coz masih lagi diberi peluang oleh Allah utk mengecapi lagi sekali bln yg mulia ni.. tahun ni bluepink tak sempat nak berbuka puasa bersama2 keluarga di kelantan memandangkan kekangan masa dan cuti.. lagi pun bluepink baru je balik kelantan bulan lepas... raya nanti nak balik lagi... so tahun ni tak berkesempatan le nak berbuka dgn keluarga di kelantan.. huhuhuh... sedey3...


hmm.. bluepink igt di bulan puasa ni bluepink nk diet n nak kuruskan badan.. tapi wallaweehh susah btol le nak turunkan berat bdn ni.. huhuh... dah 10 hari puasa baru turun 2 kg.. tu pun tak stabil... esok turun.. ari ni naik.. esok turun.. ari naik.. ari ni naik tak turun2... huhuh... target bluepink nk turun 5 kg je lagi.. tak nak byk pung.. hehehe... tapi insyaAllah.. blh kot.. tp kan weekend hari tu bluepink balik kg husband.. bila dh turun 2 kg ni harapan dlm hati mtk2 le ada org ckp bluepink dh kurus sikit.. hehe.. tut tut.. ada lak org tegur bluepink nampak makin gemuk.. huwaaaaaaaa... padahal sblm blk tu bluepink dh timbang berat... tak de lah naik sgt berat ni.. tp org tu ckp bluepink nampak lagi tembbss.. adusss... bluepink mmg pantang kalo org ckp bluepink makin tembsss (wpun realitinya btol.. hehe) rasa nak pelempang je saper2 yg ckp bluepink makin gemuk... hehehe... ini semua mematahkan semangat bluepink utk berusaha lebih keras lagi.. huhu... takpe.. start hari ni bluepink pulun habisan utk excercise lps buka puasa nanti.. hehe...

dh kurus nanti bluepink nk upload pict kurus kt sini.. hehehe... sebagai tatapan di hari tua nanti.. hehehe....

Wednesday, April 4, 2012

sahabat..



" Sahabat adalah org yg menyukai kita, ambil berat tentang kita.. tetapi tidak semestinya orang yang suka kepada kita itu adalah sahabat.. " Hmmmmmmm... terfikir sejenak bila bluepink baca ayat tu.. hmm... act bluepink tak mempunyai ramai sahabat.. bluepink hanya ada bbrp org sahabat je.. bluepink pun terpikir gak knp bluepink tak ramai sahabat.. adakah bluepink ni seorang yg ssh org nak dekat? atau pun mungkin muka bluepink ni mcm org sombong? hehehe... sbnrnya.. dh ramai yg tegur.. dorang takut nak dekat dgn bluepink sbb dorang tgk bluepink ni mcm org sombong.. hehehehe... sbnrnya nak rapat gn bluepink tak ssh pun.. tegur je.. kompom korang blh kenal siapa bluepink sbnrnya.. ekeke.. bluepink ni pemalu orgnya.. malu nak tegur org.. tp kalo org ckp muka bluepink ni mcm org sombong tu mungkin la kot.. hehe.. tp bluepink tak sombong pung... hehehe.. 

berciter pasal sahabat.... hmmm... act bluepink pernah bkwn rapat gn someone nih.. hmm...apa2 citer kitorang share.. fesyen.. shopping.. kejer.. & blablablabla mmg selalu menjadi topik perbualan kitorang la.. disbb kan family bluepink ni jauh di sana.. bluepink rapat la gn family dia... bluepink pun dh anggap dia mcm family bluepink.. mcm biasalah.. bila kte dh rapat gn org tu kte akan carring dia sgt2.. tak kisah la sbb dia dh baik gn kte kan.. tetapi.. skang ni bluepink terkilan sgt2.. dia dh tak bersama bluepink lagi.. takpe lah.. mungkin dia dh bahagia dgn cara hidup dia skang.. bluepink pun tak tau kenapa dia jadi mcm tu.. dia dh berubah.. diri nya dulu jauh berbeza gn yg skang ni.. tak reti la bluepink nak komen.. tp.. pd bluepink.. org yg layak jadi sahabat bluepink adalah org yg jujur pd diri.. jujur pd org lain.. dan jujur pada Allah.. org yg takde kejujuran sama sekali tak layak jadi kwn bluepink... so.. kekadang rasa mcm tak rugi pun kehilangan sahabat yg tak jujur ni.. tp kekadang rasa terkilan dgn apa yg berlaku.. cuba utk menjalankan tanggungjwb sbg sorang sahabat.. tp kite plak yg terkena.. huhuhuhu... sedey3..  takpe la... apapun.. bluepink akan sentiasa doakan semoga suatu hari nanti dia akan sedar dari kesilapan nya... yg penting bluepink enjoyyyyyyyyy....!! hehehehe....



pasrah..

kdg2 bluepink keliru dgn apa yg berlaku.. kenapa budak2 zaman sekarang begitu senang meninggalkan masa depan yg cerah dan memilih masa depan yg kabur... apa salah ibu dan bapa sehingga mereka sanggup melukakan hati dan mengguris perasaan mereka.. apapun hanya mereka yg tahu apa yg mereka nak.. takpe lah.. sekiranya itu pilihan hidup mereka.. tp sebagai sorang anak.. kakak.. adik.. dan ibu.. bluepink sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga bluepink.. semoga kami sentiasa di beri kebahagiaan berpanjangan dan ketenangan dlm mengharungi pelbagai dugaan dan ujian dari Nya..  yng penting.. terus tersenyummmmmm... huhu...



Tuesday, April 3, 2012

bersabarlah wahai hati....




Setiap manusia akan mengalami dugaan/ujian dari Allah S.W.T, ada dugaan kecik.. dan ada dugaan besar.. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
p/s- bersabarlah wahai hati....

Monday, April 2, 2012

dia dh pandai sebut BOBOBOIIIII...!!!

alahaiii.. tetiba lak hari ni rindu yg amat kt budak comel kt bawah ni.. makin besar makin bertambah-tambah rindu ibu kt awk syg.. skang ni dia makin cerdik.. dh pandai sebut boboboiiiiii... hehehe.. comel je dia sebut boboboi tu.. dia gak dh makin nakal & manja sgt.. geram sgt2 kt dak kecik ni..  hari ni ibu rindu kt awk lah syg... muahhh...!!



im cayang... muah..!




Tuesday, March 20, 2012

Tuesday, February 28, 2012

saya ibu yg cuaiiiiii.. carelessss mother..!!! huhuhu...



sedih.. sayu.. sebak.. kecewa.. ralat.. menyesal & mcm2 yg bluepink rasa di saat ini.. huhuhuhuhuhuhuhuhu :-( 

25/02/2012 lbh kurang 12 lbh tghari.. hmmm
time tu abah tgh syok tido.. ibu plak tgh syok duk tgk kartun barbie kt tv3.. time tu im tgh main sorang2 dgn 3 angry bird dia yg duk pusing2 tu.. ibu tau.. time tu im dh ngantok sgt2 dah.. tp biasalah.. anak ibu ni selagi tak kepenatan.. dia takkan tido dgn mudah... pastu im bgn dgn longlainya.. nak pegi amik mainan dia yg lain kt kerusi kayu.. ibu mmg perasan im bgn.. dia tak berlari laju pun..  tp, tiba2 dia terpijak bantal yg ada kt tepi kerusi tu dan terjatuh dan bedebussss im terkena bucu kerusi kayu.. adusssssssss... meraung im.. Allahhu akbarrrr..!! ibu terkejut tgk bawah kening im kuar darah.. huhuhu... rupa2nya mata im terluka kena kerusi kayu tu!! dalam jugak lukanya tu.... huwaaaa..!!! pitam ibu kejap.. abah terus bgn dari tido bila dgr im menangis..  dlm kelam kabut tu, ibu sedih.. mengalir air mata ibu tgk luka kt kening  im.. kesian anak ibu.. menyesal tak sudah bila tgk luka kt kening anak ibu... ibu tak hbs2 salahkan diri ibu... ibu terlalu cuai.. sorry anak ibu.. huhuhu... 

lepas ibu letak ubat kuning & tampal dgn plaster.. im tido.. ibu risau gak takut im pengsan.. im gerakkan badan im.. alhamdulillah.. im tak pengsan.. cuma tetido lps meraung kuat tadi.. lg pun sblm terjatuh tu pun im mmg dh ngantok sgt2 dh pun.. alhamdulillah darah pun dh kering.. dlm kul 2 lebih im bgn dari tido.. ibu risau gak takut2 dia dh tak mo main.. tp, mcm biasalah.. im tetap im.. hehehe...bgn tido je terus tersengih.. aktif mcm biasa wpun kt kening tu dh bertampal.. lps tu ibu mandikan im & pakaikan baju sbb nak g kenduri boss ibu kt banquet hall upm.. ms kt kenduri tu ramai gak le bertanya nape gn kening im tu.. huhuhu.. pastu ada kwn ibu gn abah tu.. siap ckp.. "macamana lah ibu gn abah jaga anak ni ek.." huhuhuhuhu.. runtuh jiwa ibu dgr ayat itu.. jiwa ibu kembali sebak ... huhuhu.. tiba2 rasa bersalah itu makin menebal.. hukhuk.. rasa nak menangis.. tp ibu cover cpt2.. nanti tak psl2 air mata keibuan ini mengalir laju kt depan org.. maluuuu woooooo.. huhuhu

lps g kenduri tu, ibu & abah terus bawak im pegi cek lukanya kt azzahrah.. masuk2 je azzahrah.... mak oiiiiiiii... ramai nya orangg...!! ramai pulak org yg sakit hari tu yek.. huhuhu.. pastu abah tanya kt kaunter tu.. agak2 brp lama kena tunggu nak sampai turn kami.. pastu budak kaunter tanya nape.. pastu ibu bgtau la kt budak tu.. 'anak sy jatuh pastu luka kt kening.. dalam jugak le lukanya..' pastu budak kaunter tu ckp.. takyah amik no kak.. terus masuk kecemasan dia... sib baikkk...! kalo tak, mau kul 7 mlm pun masih menunggu giliran.. huhuhu... byk plak ayat pastu kt entry ni.. hihihihi

masa kat bilik tu.. dtg le sorang dokt.. bertanya.. imtiyaz ke..? ibu angguk le kepala.. aah.. pastu dokt pegi dekat im.. dia nk buka plaster yg ibu tampalkan td.. ibu rasa cam tak sanggup plak nk tgk luka im utk kesekian kalinya.. tapi ibu kuatkan semangat.. time dokt nak buka tu im menangis, meraung.. huwaaaaaaa!! Ibu pun nak nangis jugakk!!!! dokt tu plak buka gn agak kasar sikit.. huhuhu... biasalah doktor.. masa buka plaster tu ibu tgk luka im dh bercantum elok jek.. tp dokt ckp dia kena tgk kedalaman luka tu sama ada kena jahit atau tak.. aduiiiiiiiiii... lg sekali im meraung bila doktor kerjakan luka im tu.,. huhuhu.. luka yg dh elok bercantum tu dh terbuka balik.. pastu kuar darah balik.. hati ibu sebak.. ibu tak tahan.. ibu nangisssss... huwaaaaaa!!! ibu gn anak sama2 nangis.. cuma ibu tak meraung le.. huhuhu.. misi2 duk tgk pun ibu tak heran dah.. sbb air mata ni tak leh tahan dah.. huhuhu...dokt ckp, tak perlu jahit sbb tak teruk & tak dlm sgt.. alhamdulillah.. kalo ikutkan dia nak gam.. tp gam plak takde stok.. dia just letak gel & lekatkan gn penampal khas.. tp masa misi2 duk kerjakan lukanya tu im tetap meraung sambil menggelupur.. mana taknya.. ditenyehnye pencuci luka yg pedih tu  kt luka im tu.. byk kali lak tu.. huhuhuh... kita yg dh tua ni pun sakit terkencing bila terkena pencuci luka tu.. huhuhu... tp takpe.. sib baik misi2 tu baik.. sambil tenyeh sambil pujuk im.. ibu pun turut sejuk hati.. bila semua dh setel.. dokt tu pesan kt ibu.. biasanya kalo luka kt kening mmg akan berparut.. huwaaa!!! itu yg ibu tak nak dgr tu.. :-(   tp takpe... ibu akan usahakan jugak utk anak ibu ni utk hilangkan parut tu.. insyaAllah.. tp terubat kesedihan hati ni bila kwn2 ibu ckp.. anak lelaki btambah machooo kalo ada parut kt kening.. hukhukhuk... ibu redha jer.. huhuhu.. mungkin im bertambah hensem lepas ada parut ni kot.. huhu.. ayat nak sedapkan hati :-( 

ibu igt nak letak pict luka im kt entry ni.. tp time tu ibu dh tak leh fikir apa2 dah.. dh tak terpikir jugak utk amik gambar luka im.. panik tgk im & luka im.. huhuhu.. nanti ibu letak gambar luka yg dh berbalut yek.. huhuhuh..

terkedu, sedih, sebak bila ibu tgk kening im.. hmmm... subhanallah.. ibu hrp luka im cpt sembuh & parut cpt hilang.. skang ni mata im masih bengkak.. ini semua salah ibu sbb biarkan im main sorang2.. kalo lah ibu tido kan im time tu.. benda ni tak mungkin akan berlaku.. huhu.. kalo blh digantikan tempat.. biarlah ibu yg tanggung semua ni.. huwaaaaa..!!! biar ibu yg berparut.. huhu.. bt ms skang ssh utk ibu maafkan diri ibu :-(

Wednesday, February 22, 2012

welcome 2012...

salam 2012... pejam celik pejam celik kita dah berada di bulan Februari 2012 yek.. cepat btl masa berlalu.. hmmm.. bluepink pun dh lama tak singgah kat blog ni.. bz dgn si comel imtiyaz tu.. imtiyaz skang sudah setahun 2 bulan.. alhamdulillah makin comel & makin hensem.. ihik.. dan juga makin nakal.. kdg2 pening & penat jaga anak.. tp kegembiraan mengatasi segalanya.. adusss.. itu baru sorang... hihihi.. sonot ada anak ni.. tak boring & tak sempat nak pikir psl diri sendiri pung.. ihik.. skang ni imtiyaz dh lulus lesen L.. hahaha.. dh blh berlari dah.. penat ibu dia.. skang ni berat badan bluepink dh susut sikit.. hakhakhak.. tp sikit jerlah.. tak byk pung.. hahaha.. igt nak berdiet lps bersalin hari tu.. tp sudah setahun lebih dah.. tak terdiet-diet lagi ni haaa.. aduiii.. tp insyaAllah.. bluepink dh nekad.. tahun ni bluepink nak gak kuruskan badan sblm masuk bulan 5.. hehehehe... insyaAllah..  tunggu & lihat yeekk... (^_^)