Pink Bobblehead Bunny

Thursday, October 18, 2012

9 Ciri-Ciri Makcik Keje Gomen





Bluepink nak kongsi artikel hasil pemerhatian gelakje.com tentang ciri-ciri makcik keje gomen ni. Oh ye, makcik-makcik seperti ini admin definisikan sebagai wanita kakitangan kerajaan yang berumur 40 tahun ke atas, body dah takde cutting, mempunyai suami yang juga kerja kerajaan yang memakai kereta Proton atau Toyota Unser serta mempunyai sekurang-kurangnya sebijik rumah sewa. Ciri-cirinya adalah seperti ini…

1) Main kutu. Biasanya makcik-makcik kerja kerajaan yang tegar juga akan meminta duit dari suami untuk bayar duit kutu (biasanya $100 sebulan). Tapi bila menjelang turn dia dapat duit, dia buat-buat lupa kat suami dia. Siapa yang main kutu sebenarnya?

2) Mempunyai sifat persaingan yang sihat dalam pemakaian emas. Makcik-makcik seperti ini biasanya akan turut menyingkap tudung bawalnya ke atas supaya dapat mengeluarkan rantai emas yang betul-betul terletak di atas dada.

3) Gosip-gosip panas di pejabat akan diketahui pantas oleh makcik-makcik. Mereka tidak lah pula kedekut untuk berkongsi cerita tersebut. Biasanya mereka akan memulakan cerita panas dengan “I cerita dengan you sorang je ni tau…” atau pun “I tak sangka betul la dia ni….”

4) Katalog-katalog Amway, Avon, Tupperware dan seangkatan dengannya sentiasa beredar dari meja ke meja. Siapa yang nak order boleh tempah dengan cara tulis nama atas Post-It paper 3M yang kaler kuning. Kadang-kadang kalau korang tertengok katalog, ada makcik order baju dalam, tak pasal-pasal korang tau saiz bra makcik tu. Selera?

5) Berminat dengan unsur-unsur bayaran ansuran. Biasanya seperti kain dan peralatan rumah. Makcik-makcik kerja kerajaan juga biasanya tidak berkira walaupun bayarannya agak berganda.

6) Makcik-makcik kerja kerajaan juga sangat berminat untuk bertanya pegawai-pegawai muda bila nak kawin. Malah mereka juga amat sangat tersangat suka mengkenen dengan orang lain. Kemungkinan besar ia juga akan menjadi gosip hangat di pejabat.

7) Mereka sangat multi tasking. Ini dapat dilihat apabila mereka boleh mengumpat orang lain sambil mereka makan tengah hari. Sangat multi tasking!

8) Gemar bercerita mengenai kejayaan anak-anak. Gua tak pasti ia merupakan ciri-ciri riak atau tidak, tapi ini adalah salah satu modal makcik ini bercerita. Ini terutama ketika jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 4 petang. Makcik-makcik macam ini juga berminat untuk membandingkan dengan anak-anak rakan sepejabat yang lain.

9) Makcik-makcik kerja kerajaan biasanya akan mengemas dan meng’clear’kan work station menjelang pukul 4.45 petang sambil touch up sikit-sikit sementara tunggu suami jemput. Sambil touch up tu boleh lagi mengumpat barang seround dua…

No comments:

Post a Comment